Followers

Sunday, March 18, 2012

Blue Cube now at Laman Seri

Udah pindah pejabat pula Blue Cube ini. Tak sepasal kak-M merantau ke Laman Seri nak membayarkan bil Celcom ni. Kalau dulu di Seksyen 9 dah cantik sangat. Apa boleh buat terpaksalah juga kesana. Alang-alang ke Laman Seri nak  membayar bil Celcom ni, kak-M decide untuk lunch terus kat sana. Jadi kami singgah jer mana-mana cafe yang nampak ok ok lah. Tersinggah ler di Killeney nama restoran ni. sambil menunggu order sambil sembang-sembang.


Sesuatu yang paling tak suka ke sini ialah parking. Memang sangat masalah. Huhu ada kot 5  kali tawaf baru nak dapat parking. Tu pun hampir-hampir terlepas. Mujur ler dapat juga. Kalau tak macam sia-sia jer jauh travel, bil pun tak bayar makan pun idak.



Sila jangan betulkan leher anda..heheheh, tersenget pula gambar ni. Tajuknya ialah Koewtoew kungfu rasanya. Memang kureng ler...Akak pun tatau nak bagi berapa bintang. sampai kitaorang tertanya-tanya kuah ker gam ni..huhuhu..pekat betul kuahnya dah macam gam kanji..Memang ler makan tak habis sebab tak tertelan dah..hehehhehe.



Ini pula minuman yang kak-M order, rasanya tidak seindah nama. Masa pilih minuman ni punya la teruja, Rossele Laici, sekali minum errkkkk ada masam-masam gitu, separuh jer kak-M minum. Okeh I will not come again okeh.....cari cafe lain ler pula lepas ni.

2 comments:

Kazman / Sue said...

tetiba tekak meronta-ronta kehausan tengok air tu... letih kerja hari ni....

Emma said...

hahahah jgn risau air tu tak sedap pun,, rupa jer lawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...