Followers

Saturday, March 24, 2012

Bihun Goreng Lagi

Petang ni balik tergesa2 ler juga, sebab dapat berita, MIL nak datang. Huh..akak goreng bihun ler kiranya. Biasanya kalau dia datang asik jer akak goreng karipap, dia pun dah leh agak,, bila dok jer menunggu kita hidangkan minuman mesti dia tanya ko goreng karipap ka? hahahahah. Ialah kan daripada air kosong jer karipap pun karipap la.



But bihun goreng kali ni memang sedap sangat. Sorry ler terpaksa masuk kuali angkat sendiri. ngeh! ngeh! ngeh! Kali ni kak-M tak gunakan any prencah segera macam adabi tu yang selalunya akan dicampur. Kali ni kak-M gunakan cili mesin, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis di blend semua sekali. Cuma tumis tu jer. Binatang-binatang laut memang banyak ler, akak masukkan udang, sotong, fish cake, fish ball dan juga daging. Dah tak masukan telur sebab dah banyak sangat lauknya. Dan hasilnya memang sedanp sangat.


Tunggu punya tunggu, MIL tak datang pun, Ishhh akak salah dengar rupanya, mujurlah bihun ni akak goreng separuh jer. Jadi akak makan ler sepiring kecil, lebihnya simpan dalam peti ais tehn esok panaskan buat sarapan......heee.

2 comments:

indah.com said...

nampak macam sedap

Emma said...

memang sedap pun hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...