Followers

Saturday, March 10, 2012

Fitflop

Hola! Pagi tadi jongging macam biasa tapi cuma hari ni tak ramai orang sangat jadi senang nak parking. Budak-budak ni mula-mula macam liat jer nak ke tasik sebab lebih melayan rasa ngantuk depa. Dah pujuk-pujuk akhirnya semua ok cuma masing-masing buat perangai tak mau pakai kasut jogging. Termasukkan ler mak dia sekali hahahahha. Kak-M sebenarnya dah hantar kasut sukan untuk repair, dah ternganga kasut tu, sayang pula kalau nak buang sebab bodynya masik cantik, iyalah kan kasut kalau tak diguna memang akan ternganga gitu, jadi Jumaaat lepas tak tersempat nak singgah amik kasut tu.



Pagi ni jogging pakai fitflop gitu, kelaasss kan. Kak-M sebenarnya baru jer berjinak-jinak dengan fitflop ni. Memang sedap sangat pakai selipar exclusive ni. Lebih sedap dari schol tu..Tu dia, Tapi almaklumlah fitflop ni memang mahai berdengung. Kak-M beli ni pun masa ada sale 3 minggu lepas. Dari RM300+ now dia sale cuma RM140 je..ok lah kan untuk kesihatan kaki ahkak ni apa ler salahnya melabur sikit.



Disebabkan harga selipar yang mahal ini, memang kak-M simpan jer dalam rumah. Nak pula jiran ada cakap kasut depa hilang 8 pasang, semuanya kasut mahal. hohoh nahi nahi..tak mungkin akak letak kasut-kasut mahai kat luar rumah lepas ni. 


apa pula bagusnya selipar fitflop ini. Hmm menurut kawan kak-M yang memang sangat fanatik dengan gaya fitflop ini, selipar ini direka bentuk untuk mmapu menagal tekanan yang yang diterima kaki. Ibaratnya beban badan kita disebarkan secara rata oleh tapak kaki semua permukaan tapak kaki menerima beban yang sama rata..hmm macam tu lah kot. Selama kak-M menggunakan kasut ini memang tak sakit lagi kaki ni terumata bila banyak berjalan, macam dok ronda-ronda di shoppping kompleks ka kan. Untuk mereka yang ada sakit-sakit lutut atau belakang, elok jugalah kalau ada selipar ni sepasang. Jom Fitflop





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...