Followers

Saturday, March 24, 2012

Kek Batik Aurora

Akhirnya berjaya juga kak-M mebatik kek ni.hehehehe, Memang dah lama sangat kak-M nak baking this cake, asal nak mula jer,,oppss ovelett tarak, asal nak buat jer ada pula tetamu bertandang, asal nak mula jer oppss baking powder tak cukup. Akhirnya pagi ni jadi juga kek ni akhirnya.

Suatu waktu dulu, kek ni sangat popular, memang ramai blogger masakan yang masukkan entry akan keenakan kek ni. Dengan warnanya yang sangat menerujakan, kak-M pun terpanggil lah untuk mencubanya.


Sebagai percubaan pertama kek ini, kak-M rujuk resepi dari Dapur Tanpa Sempadan milik cik Mat Gebu. Kak-M salin semula resepinya di sini okey.

250g mentega/butter
250 tepung gandum
100g gula
1 sudu teh ovellet
2 sudu teh baking power
6 biji telur ayam saiz A (besar)
3/4 cawan susu pekat manis
5 jenis pewarna mengikut pilihan masing-masing

Pukul mentega, gula dan ovellet hingga bercampur sebati. Masukkan telur satu persatu. Jarakkan satu minit setiap satu. Pukul sehingga adunan menjadi sedikit warna putih. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit-sedikit. Baking powder tadi campurkan siap-siap dalam tepung gandum. Bahagikan adunan kepada 5 atau  4 warna. Tuangkan adunan selapis-selapis hingga selesai. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga masak.


Enak sangat dihidangkan untuk minum petang, menjamu tetamu yang bertandang atau sebagai buah tangan kelau ke rumah sedara.


4 comments:

Kazman / Sue said...

wah... berwarna-warni laaa....

Emma said...

huhu...sangat sedap tau

Hanif Idrus said...

in ikek bukan senang puny akerja nak buat...Tahniah!!

Emma said...

hmmm boleh tahan lah....jenuh juga nak membatikkannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...