Followers

Friday, July 27, 2012

Sayur Peria Goreng

Dalam setiap hidangan mesti kena ada sayuran. Jadi sayur pilihan kak-M hari ini ialah Peria Goreng. Actually ini adalah kesukaan kak-M kalau lunch di office pasti akak akan mencari sayur ini. Hari ni kak-M berjaya juga mengorengnya walaupun dalam keadaan sedikit kekalutan  mengejar masa.


Nak maak ni pun senang jer. Asalnya akak nak goreng taocu tapi macam tak berani takut tak jadi hua huaaaa, jadi akak goreng biasa jer macam selalu buat tu. Ini pun kira separuh jer peria digunakan.Peria ni dibelah dua dah bahagian dalamnya di buangkan. Rendamkan dulu peria yang dipotong nipis menyerong di dalam air seketika. Dua ulas bawang putih di ketuk. sebiji cili hidup ditumbuk bersama sedikit udang kering dan sebiji bawang merah. TUmiskan bawang putih dan bahan-bahan tumbuk tadi tu hingga naik bau dan masukkan peria. Gaul biar sebati dan masukkan garam secukup rasa. masukkan sedikit air(2sudu besar cukup lah) dan pecahkan telur , Biarkan sehingga agak kering dan gaulkan. Hmmm siap. Jom makan dengan nasi panas, terangkat you!


2 comments:

NMS said...

Nak kurangkan sikit rasa pahit, masa rendam b4 masak tuh, letak garam sama....**tips dr ayahandaku**

Emma said...

owh ya ker? Bagus petua tu, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...