Followers

Monday, July 23, 2012

Berbuka Puasa Bersama FireFly

Hari ni kak-M berpeluang berbuka dalam flight. Hehehe, Macam ler bagus sangat. Kak-M pulang ke kampung laman bersama anak dara, Sarah Nuha. Tujuan utama adalah untuk menziarah adik perempuan kak-M yang terlantar sakit diLangkawi. Boleh jer kalau nak ambik flight terus ke Langkawi tapi lagi best kalau dapat travel bersama ibu bapa kan?

Jadi Flght kak-M ke Alor Setar adalah pada jam 7.00 malam. Secara tak langsung memang berbuka lah dalam flight tu.


Kak-M bawa Nuha jer buat jadi peneman. Abang danish nak sangat ikut. Kesian lah dia. dia kan sekolah esok cemana nak ikut. Nanti banyak hari kena ponteng kelas dan banyaklah tertinggal pelajaran.  Jadi Abang hantar mummy dan Nuha sampai ke Airport jer. Memang sedih mummy nak berpisah dengan anank-anak ni. Lagi-lagi Abang danish ni, dah ler masa kak-M buat Khidmat Masyarakat di Merbok dulu pun dah tinggalkan dia. Tak per Abang, jangan sedih nanti cuti raya kita datang ramai-ramai rumah maktok.

Adik Ipar kak-M yang hantar tadi ke airport. Jam 6 petang dah sampai terus check in barang dan tiket. Wah! traffic jam boleh tahan juga, mujur sempat sampai sebelum waktunya.

 Wah, warna-warni sungguh kakak. Daddy ler tu yang pilihkan baju.

Boarding ialah pada jam 6.30petang. Jadi jam 6.10 minit kak-M dah masuk menunggu di gate utnuk boarding. Takper biar cepat jangan sampai tertinggal flight..masa tu mau meraung...uwaaaa! iyo ler kan, tiket nya mahei nak mampuih.


Nuha memang suka sangat kalau di bawa berjalan. Lagi-lagi kalau cakap nak balik rumah Maktok Tok wan, Ntah ler apa yang diseronokkan sangat. Teringat pula kak-M pasal berbuka nanti. Ntah ler apa yang depa jamu kan. So sebelum masuk bahagian pelepasan, singgan Big Apple belikan 3 biji donut. Hee sediakan payung seblom hujan kan? Mana tau kelaparan pula ke kan.


Lebih kurang jam 7.49 pilot mengumumkan waktu berbuka kepada semua penumpang. Inilah sedikit makanan yang disediakan oleh pihak firefly. 3 Biji kurma mariami di dalam kotak biru tu, ada munffin cheece sebiji dan biskut serta juice guava and jus apple. Oklah kan buat lapik perut. Tapi sebenarnya memang cukup pun. Tak terlarat habis pun dengan apa yang mereka sediakan tu.


Memamng mecabar ler nak melayan keletah mek ni, sepanjang penerbangan dia dok sembang. rasanya sampai ke belakang pun orang dengar dia dok bebel. Sesekali dia tanya, 'eh cemana nak buka kuasa ni? boleh dengar azan ker?' iskkk la mek ni. pastu tanya lagi kalau kakak makan dulu boleh tak, sorok sorok ..heee tahu pon malu nak makan sebab tak puasa kan?..Jenuh melayan sembang dia.

Lebih kurang jam 7.55 flight mendarat dengan selamatnya di Terminal Sultan Abdul Halim Alor Setar. Tungguk lah kami kat terimal till 8.30 sampai mak tok dan tok wan sampai.

Wokey, sini dulu, later kita sambung cerita trip to Langkawi ziarah orang sakit. Salam bersahur buat semua.

5 comments:

effa farhana said...

kak emma... macam mana dengan kak linda.. dah ok ke... up date ye... kirim salam semua ye...

Emma said...

Hari ni baru nak pi tengok, dia dah sedaq dan boleh bercakap dah...

effa farhana said...

Alhamdulillah... lega dengar...

SABARINA said...

ahmad tingal ka

indah.com said...

Tinggalla, Balik sat ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...