Followers

Saturday, July 28, 2012

Carpet baru, kau ade?

Yeay! Akhirnya berjaya juga akak maraton ke Gudang Jakel belakang Petronas Seksyen 7 tadi. Wah! kemain banyak carpet depa longgok situ. Dahsyat juga kiranya Jakel ni. Ntah ler berapa store depa sewa. Sekarang dah buka khemah besaaaaaarrr punya khas untuk carpet.

Tengahari tadi memang akak dah berhajat nak ke sana. Tujuan asal adalah nak mencari karpet atau tikar nak letak kat office. Sekarang ni hanya lantai jubin jer office kak-M tu. Bila office tu dah rasmi jadi Kak-M punya, tak perlu lagi pindah-pindah, maka nak lah berhias-hias kan. Carpet ni yang kena beli dulu sebab bila anak-anak datang idak ler sejuk dorang dok duduk lepak berguling atas jubin tu.



Tapi bila dah sampai sana, wah! tergoda akak tau. Macam-macam ada. Jenuh gak dok buat keputusan nak beli mana satu, tengok sana tengok sini semua cantik. Dah pula tukang jual tu memang pandai mempengaruhi, hampir hampir akak tewas tau..Hahahhaha!. Akhirnya akak beli juga untuk letak kat ruang TV hall tingkat atas. Sepastinya pilihan kak-M adalah asas hijau, Hah! Sampai ke carpet pun aku sambar hijau juga..Green gitu :)


Seronok tau bila balik bentang, saiznya memang just nice saja. Sedang elok untuk ruang tu. Dan coraknya sangat Ekslusif, ala-ala. Persian gitu. Hahhh. Kalau yang saiz besar memang RM3k ler reganya, tapi akak beli yang kecik tet jer dengan rega RM300. Sebenarnya berbelah bahagi gak nak beli tadi Tapi sebab dah berkenan iskk tutup mata jer lah bayar. Now bila dah bentang nampak cantik, memang pueh hati lah. Suka sangat.


2 comments:

Hanif Idrus said...

Karpet raya!!!!....

Emma said...

keh keh keh, iyer ler tu, karpet raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...