Followers

Wednesday, July 25, 2012

Langkawi Day 1

Sesudah subuh kak-M sempat lagi berblog, tiada entry terkini cuma ziarah blog kawan-kawan jer, lepas tu dah berkemas untuk trip to Langkawi. Nuha liat pula nak bangun pagi tu. Lebi kurang jam 9.30 baru gerak dari Jitra ke Kuala Perlis


Memang lama sungguh tak ke Kuala Perlis. Masih seperti dulu tak banyak perubahan. Tiket Ferry pun untuk dewasa cuma RM18 dan kanak-kanak RM13.




Kalau sesapa yang pernah ke Langkawi memang tau lah, perjalanan melalui laut ini akan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke sana. Kalau dari Kuala Kedah selama 1.15 minit dan tiketnya lebih mahal. Ferry kami akan gerak pada jam 10.30 pagi, Jadi menunggu ler kita jat terminal ferry yang tak seberapa tu.


Memang sangat memboringkan, apa pun tarak, TV ka, wifi ka..huh, abih kerja pun baca paper jer. Beli kat kedai runcit seberang jalan. Nuha pula tak puasa asik nak makan itu ini. Apalah yang ada kat Kuala Perlis pagi pagi bulan puasa ni kan, mujur ada pak cik tepi jalan jual jajan, jadi belikan dia mineral water dan keropok ikan serta biskut tiger.hehehe, cukuplah buat lapik perut sementara sampai Pulau Langkawi. Sebenarnya ini pengalaman pertama Nuha naik ferry,memeng tersangat exited dia!


Ferry tiba pada jam 10.20 dan penumpang mula turun ke jetty untuk naik ferry. Seronok juga sesekali naik ferry ni. cuma untuk warga emas agak leceh la sikit, tapi takpa krew-krew ferry memang sangat membantu. Depa akan tolong angkt beg masuk ferry. Lega satu hal. Sian juga kat abah na jalan jejauh ni dengan keadaan dia yang tak begitu kuat.

Masa dalam ferry tu, ada cerita movie '8 JAM' lakonan sam shamizi tu, eh! cerita baru kan? Best ler jugak. Tapi kan, akak nengok separuh jer pastu ..zzzzzzzzzzzzzz. Taj ler apa ending citer tu. Kami sampai di Langkawi pada jam 11.15 pagi dan abah terus call kereta sewa. 


Dah dapat kereta terus gerak untuk check- in hotel. Macam biasa mak abah memang dah biasa tinggal di Langkasuka hotel ni. Best la juga sebab kat bawahnya ialah supermarket. Jadi boring boring tu boleh turun melangut kat shopping kompleks tu. Dah hantar semua beg masuk hotel terus naik kereta ke hospital Langkawi untuk visit adinda yang tak sihat.

hingga bersambung ya....nak siap ke office dulu..:)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...