Followers

Saturday, July 28, 2012

Bestnya buah ni!

Dalam bayak-banyak buah, buah mangga lah yang paling digemari oleh anak-anak kak-M. Kalau jalan-jalan ke kedai nampak jer mangga mesti dorang nak. Dalam bulan puasa ni pun mangga yang menjadi hidangan pencucui mulut. Dah tak perlu lagi kak-M buat puding bagai, makan mangga jer depa ni.

Hari pertama Ramadhan adik ipar ada bawa balik 4 biji mangga dari Jusco katanya, kuning cantik masak ranum. Tak pasti akak mangga species apa. Wangi juga baunya. Akak bawa balik Klang 2 biji dan tinggalkan di Shah Alam 2 biji.



Memang lah tak cukup sebab ramailah rakyat kat Klang nun. Semalam adik ipar kak-M bawa balik lagi selambak. Ha! Amik ko. Makan ler puas-puas. Bangun sahur pun dorang suruh akak potong mangga, punyalah depa suka makan mangga ni.

Jadi bila akak dok cecari khasiatnya akak jumpa dari blog ini, Jom baca sini yer aurapink.blogspot.com.  kalau di Cheetham Hill dulu, memang selalu akak order Manggo Lassi, aisey, memang ketagihan tau, pekat, enak, lazat..owh tak tahan!. Kat sini Manggo Lassi senang dapat di pasaraya Tesco atau Giant yang telah dibotolkan.


Rupanya banyak juga khasiatnya , bukan sekadar dapat merawat Influenza malah boleh juga membantu   mengawal kolestrol serta sangat baik untuk saluran pencernaan.

Perempuan hamil selalu dikaitkan dengan mangga ni. Kak-M tak pula, Tiga kali mengandung pun sekali pun idak akak mengidam mangga heee, akak mengidam burger McDonald tau..heeee, Udah ler payah nak dapat yang halal masa kat UK dulu, Jenuh dok kirim dari orang yang nak datang melawat sedara dorang di UK nih.

Jadi, kalian pula suka buah apa ya?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...