Bersahur di Langkawi

Selepas selesai solat Maghrib, kak-M teringat nak cari sesuatu untuk di bawa pulang. Jadi ajak mak abah keluar sekali lagi. dalam bulan puasa ni, kedai memang tutup cepat. Kedai Haji Ismail Group pun seawal 6.00 petang dah tutup. Bagus juga ya, mereka mengambil berat kebajikan pekerja dan memang majority pekerjanya adalah orang Islam.

Dah mencari barang tak jumpa terus masuk simpang ke gerai makanan untuk beli sesuatu buat sahur pagi nanti.


Singgah lah kami kat kedai pathani ni beli nasi goreng cina dan lauk ayam merah. Cukuplah kan, Minuman bancuh jer kat hotel nanti. Masa tu masih lagi hujan renyai-renyai . Sejuk jer suasana kat situ.


Lama pula dok menunggu orang tu masak, apalagi pekena dulu kopi secawan, Nuha pula minum laici. hehe. dah siap terus jer balik hotel lepak sambil makan coklat dan nonton TV. Almost jam 12.00 juga baru tidur.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick