Ikan Pari Bakar

Akhirnya apa yang diinginkan berlaku juga. Inilah hajat hati, nak cuba guna periuk magic ni buat pertama kalinya. Perasmian periuk magic ini adalah untuk resepi Ikan Pari Bakar. Saya memang kalah sikit dengan menu-menu bakar, kalah membakar, tapi menang memakan.Heheheheh. Bukan apa, bila cakap bakar tu aduhai macam leceh jer. Tapi saya meneukan pegalaman yang cukup indah dengan adanya periuk magic ini. wah, macam ayat iklan penaja jer ka? Heee. 


Ikan pari bakar ini cukup memngingat saya pada kenangan menetap di Cheetham Hill dulu. Ketika itu saya sedang mengandungkan anak kedua (Sarah Nuha). Saya dan kawan-kawan dijemput ke rumah Dr Fiza untuk majlis makan santai, dah agak malam juga ketika itu. Kami dihidangkan dengan Ikan pari Bakar. Aduhai begitu enak sekali. Sungguh tak tipu, Dengan suasana dingin salju di daerah itu, memanglah sedap maka ikan bakar panas-panas gitu. Pandai Dr Fiza dan Dr Din memabakar pari, sambalnya yanh enak dan ikanya masih basah-basah gitu.


Jadi saya teruskan pencarian di dunia maya ini. Aha! memang ada di Blog Tanpa Sempadan. Memang selalunya apa yang saya mahu ada saja di blog otai ini. Heee. Terima kasih bebanyak sudi berkingsi resepi ikan bakar yang sungguh hebat ini. Tak banyak pun saya bakar cuma sebahagian kecil ikan sahaja. Sedang elok saiznya untuk makan sekeluarga. Abang Mat, izinkan saya berkongsi pula resepi enak itu di sini yer buat simpanan sendiri juga untuk kegunaan di masa hadapan

Ikan Pari Bakar

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari "tuka" jenis pari daun (ikan pari kecil, bersaiz  9 inci)
Hirisan halus bunga dari 1/2 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1/3 cawan pati santan
Daun pisang secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

  1. Ikan pari tuka dikerat 4 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali, toskan. Sementara itu kita buat bahan sambal pulak.
  2. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK IKAN PARI BAKAR BUNGA KANTAN :- Ambil sehelai daun pisang, jika guna daun pisang yang agak tua, layur dulu atas api untuk mengelakkan ia pecah semasa membungkus nanti. Bentang daun pisang. Ceduk 1 camca besar sambal. Ratakan atas daun pisang, ambil 2 keping ikan pari, lap kering dengan paper towel, dan letak atas sambal tadi (seperti dalam gambar).
  4. Sapu atasnya dengan 1 camca besar penuh sambal hingga rata. Tabur dengan 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 8 -10 minit untuk setiap bahagian (Saya gunakan periuk magic tu dengan timing yang sama).  Bila masak hidangkan dengan belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Sedap dimakan panas2....


Comments

Popular posts from this blog

Pediasure susu pilihan

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

My Baby Boy is Sick