Hospital Langkawi

Lepas check-in hotel terus jer kami ke Hospital Langkawi, Sedang elok masa tu dah jam 12.30 memang masa melawat pun.


Ini juga adalah kali pertama kak-M melawat orang sakit di Hospital Langkawi. Cantik sangat hospital ni. Yerlah sebab hospital ini adalah bertaraf pelancongan. Memang specially design to cater and serve pelancong yang datang ke Langkawi. Adik kak-M di tingkat 2, ward kelas 1. Adik kak-M ni cikgu jadi dengan gurantee letter dapat lah dok kelas pertama. Sangat selesa untuk dia dan untuk pelawat-pelawat yang datang ziarah.

Alhamdulillah, nampak keadaannya baik-baik sahaja. Lama juga kak-M tak bertemu  dia. Selalunya kami akan bertemu di rumah bonda di musim perayaan saja. Dah kebetulan masa tu anak-anak dia datang. MasyaAllah comel-comel dan dah besar semuanya. Mak mertua dia yang jaga masa tu. Syukur sangat melihat keadaannya yang semakin baik.


Dah habis waktu melawat kami pun balik rehat-rehat di hotel. Rancangnya petang  nanti nak datang semula sebelum berbuka. 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick