Persiapan Akhir Hari raya

Sayunya hati meninggalkan Ramadhan tahun ni, moga panjang umur untuk bertemu lagi Ramadhan tahun depan. Ramadhan tahun ini penuh suka duka. Kak-M sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua rakan blogger di luar sana, baik yang rajin bertandang mahupun silent reader. Terima kasih banyak-banyak di atas kunjungan kalian ke sini. 

Hari ni kak-M tak banyak kerja sangat, Hubby masih lagi ke office. Kak-M memang dah rancang untuk siapkan rencah untuk rendang ayam dan kuah kacang. Dan memang inilah yang kak-M siapkan di pagi Jumaat ini. Sabtu nanti senang boleh terus menumis.

Lama juga sebenarnya tak merendang ni..hee ada lagi ke skill? Cuba jer la dulu. Dulu masa kat Manchester memang almost seminggu sekali kak-M akan merendang, cuma bila balik sini, mertua selalu jer order dengan kawan dia , malam sebelum raya dia akan collect jadi kak-M tinggal hidangkan saja. Tahun ni pula kawannya tu tak sihat, jadi kak-M menyerah diri untuk merendang..heheheh!

InsyaAllah apapun kerja kalau seikhlas hati pasti menjadi. Jangan lupa berzikir sesambil memasak. InsyaAllah ada barakahnya.



Petang pula hubby dari office terus ke rumah bonda. Katanya bonda ajak ke kubur. Owh! Bonda memang gitu, setiap kali Ramadhan sebelum raya pasti dia akan ke kubur buang-buang rumput dan semak di kubur arwah bapa mertua. Hubby pesan suruh kak-M bawa anak-anak berbuka kat rumah bonda petang ni.

Bukan sekadar pesan pulang ke rumah bonda saja, tapi juga pesan belikan Nasi Bukhara Ayam 2 bungkus...keh keh keh. jadi itulah menu berbuka kitaorang hari ini. Memang ramai yang beratur beli Nasi Bukhara Restoran Syed ini. Nasi ni memang sedap , terasa segala rempah ratusnya. Sedang asyik menyusun hidangan abang ipar pula muncul bawakan rojak emporium. Alhamdulillah rezeki murah petang ni. Dapat juga merasa rojak petang ni, memang sekali setiap Ramadhan mesti kena ada menu rojak ni.

Ok, sini dulu lah coretan hari ini, mata pun dan ngantuk sangat. Rencana esok nak masak nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam..Jumpa esok ya, InsyaAllah

Eh..jangan lupa jenguk barang lelongan, still availabe tau, kat SINI dan SINI juga 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick