Followers

Thursday, August 16, 2012

Biskut Manik

Biskut raya kedua hari ini ialah Biskut Manik. Dulu-dulu kala kak-M selalu buat biskut ni, mudah an cantik. Masa kak-M nak mula buat biskut ni Nuha dah datang tanya-tanya. Nak buat kuih apa? Hee, Biskut Manik mummy jawab. Dia macam pelik jer..kenapa mesti manik? Heee, dia dah munsykil sebab padanya manik tu kan jahit pada baju.

Bila dah sampai part nak taburkan manik stars tu baru dia notice...Owh! ni ke maniknya..heee, pandai pun. Jadi kerja menabur manik tu Nuha yang buat. Sepatutnya di taburkan manik bulat, tapi tak der stok maka kak-M guna jer bentuk star ni, gasak lah..kih kih kih


Nak buat biskut ni mudah jer. Hanya menggunakan bahan-bahan asas. Rasanya ala-ala Biskut Buter Scottich gitu. Bentuk asal memang empat segi tepat macam yang kak-M buat ni. Kebetulan masa pi kedai barang-barang kek tu, ternampak pula acuan ni, kak-M beli terus.

Jom layan resepinya.

Bahan-bahan:
1 buku butter (250g - akak guna buttercup)
1 biji putih telur
 3 biji kuning telur
2 cawan gula halus (akak guna gula icing je)
2 cawan tepung jagung
4 cawan tepung gandum (atau hingga boleh uli dan terap dengan acuan)
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
Manik untuk hiasan


Cara-caranya:
Seperti biasa butter dan gula dipukul gebu. Masukan telur dan pukul lagi, masukkan esen vanila dan tepung jangung sedikit-sedikit seterusnya. Putar perlahan-lahan hingga semuanya bercampur sebati. Masukkan pula serbuk penaik dan putar lagi. Akhirnya masukan tepung gandum dan rasanya dengan jari hingga boleh diulu.

Adunan yang siap kemudian diterap dengan acuan berbentuk empat segi sehingga sehelai. Taburkan manik di atasnya dan bakar pada suhu 160 celcius selama 30 minit.


Wah, sakan kak-M marathon hari ni, atas dapur masih ada kukusan. Yer, Kek Kukus Buah. Later akak update kek tu pula. Kita layan biskut dulu. Ni akak dah clear meja kemas dan lap, tapi hati macam nak kerjakan sejenis lagi biskut.Huhuu. Tengoklah nanti macam mana. Kalau ada ruang tak der sesapa mengganggu maka jadi ler sejenis lagi. Now nak pikir untuk berbuka puasa juga, asik buat biskut je ni, mau nanti berbuka makan biskut je..hahahhaha. Okeh sini dulu yer, tata!

2 comments:

Anonymous said...

Nampak macm mudah je

Emma said...

memang pun...budak-budak suka sebab ada star tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...