Marathon Biskut Raya, jom!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kak-M tak buat sangat kuih raya ni sebabnya kak-M dah beberapa tahun ni menolong bonda Mertua menjual kuih raya, jadi kak-M pun hangkut beli juga kuih bonda tu..hihihi, senang hati kan.

Apapun keinginan untuk mengukis tu  tetap ada. Teringat lagi kisah zaman silam dulu kala. Kak-M mula mengukis semuda umur 9 tahun lagi tau. Masa tu masih membantu bonda membuat kuih raya setiap bali Ramadhan. Bila kak-M dah 12 tahun memang kak-M dah mula mengukis sendiri tanpa bantuan bonda.

Antara kuih-kuih yang sangat popular kami buat ketika itu ialah:

Biskut sarang semut
Biskut Telur rebus
Biskut coklat rice
Biskut Cornflake
Biskut Semperit
Biskut Arab
Biskut Mazola
Tart Nenas Sepit

Ini memang kuih wajib lah. Memang setiap tahun akan ada kuih ini.

Tahun ni tergerak juga hati nak mengukis. Rancangnya esok nak mula. Dapat dua jenis pun kira puas hati dah. Jadi petang nanti kak-M nak ke baking shops beli sikit2 bahan untuk kuih raya. Nantikan episod kuih raya pula selepas ini....chiowww!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick