Followers

Tuesday, August 14, 2012

Mid Valley City..sesat you!

Selagi tak raya selagi tu lah dok marathon sana-sini. Ntah apa lah yang masih dok cari lagi pun tak tau. Hari ni tengahari sempat lagi kak-M drive to Mid Valley City dengan kawan kak-M tu. Memang dah janji dari semalam nak ke sana. Kawan kak-M nak cari kasut katanya. Well masa sale raya ini lah nak rembat segala eventhough barang yang dibeli tu bukannya nak guna di hari raya pun.


Weh! Aku sesat di kota raya tau!. Mak aii!, first time ni drive to Mid Valley sekali terlepas simpang dan terus masuk KL. Owh sudah, jenuh ler juga dok pusaing sana sini nak masuk balik highway. Akhirnya we all follow bus ..kah! kah! kah! Teruk sungguh, dah GPS pula tak bawa. Ahh! nasib lah kan nak sangat pegi.

Akhirnya berjaya juga sampai. Satu hal lagi nak parking, semua screen FULL!.. Again aku udah ler tak pernah ke sini. Belasah jer, FULL pun aku rembat gak masuk Zon G okeh tatau ler arah mana. Dok pusing-pusing dalam multistory parking tu akhirnya dapat ler juga park kereta kat situ. Pastu siap tulis tu tiang mana we all parking takut nanti cari kereta tak jumpa..Keh! Keh! Keh!


Dan akhirnya marathon bermula, mulanya masuk Jusco dulu sebab dok cari pintu Metro Jaya tak jumpa. Baru padan muko ekau, baru tau besau mana tu ha Mid Valley. Kak-M dapat kasut sepasang di Jusco dan sepasang kasut untuk Abang Danish di Metro Jaya. Heeee! Mission accomplish! Lebih kurang jam 3.00 petang drive back to Shah Alam sebab nak pick up abang dari Sekolah. Daddy iftar di luar so mummy kena hangkut anak-anak dari sekolah.

Penat punya pasai, malam ni berbuka with DOMINO..dua kali order okeh! Dua Kali!..Wahhhh! Sakan makan....Esok? Macam nak ke PKNS pula...haru!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...