Biskut Telur Rebus

Huhu, akhirnya misi marathon biskut raya pun bermula. Biskut yang pertama ialah Biskut Telur Rebus. Masa kecik-kecik dulu biskut ni memang antara biskut rasmi yang mesti ada di meja sajian hari raya. Masa tu ingat lagi kak-M dan adinda suka sangat buat kerja-kerja menekap acuan kuih ini. Dan hari ni sejarah berulang...heeee, cuma, kak-M berseorangan saja kali ni.


Memandangkan anak-anak masih lagi ke sekolah hari ini, kak-M curi masa pepagi ni untuk siapkan sekuarangnya sejenis biskut. Abang Danish balik sekolah jam 12 tengahari hari ni. Jadi kak-M punya masa yang cukup untuk siapkan sejenis biskut. Macam yang kak-M nyatakan tadi, biskut pilihan hari ini ialah Biskut Telur Rebus. Pernah dengar tak? Ada, cuma jarang-jarang orang buat, mungkin kerana tak begitu moden kot. Sama jer konsep macam biskut-biskut lain cuma biskut ini menggunakan bahan utama telur kuning rebus. Menarik kan? Sebab tu lah namanya ialah Biskut Telur Rebus.


Hanya telur kuning sahaja digunakan dalam resepinya. Telur putih tu nanti pepandailah korang buat salad ker, kerabu ker mengikut kretiviti masing-masing. Tenang jer buat kerja sesorang pagi ni. Tak der sesapa nak kacau. Aman dan damai gitu. Kak-M mula projek biskut pertama ni pada jam 8.30 pagi sejurus selepas hantar anak ke sekolah. Telur tu akak dah rebus malam tadi. Jadi pagi ni tinggal nak kopek dan asingkan kuningnya. Kuning telur tu perlu dileyek dulu sebelum dicampurkan dalam adunannya.


 Nampak tak gambar di atas tu. Itulah hasilnya telur kunig rebus sesudah dileyek. Tujuannya supaya ianya akan bercampur rata dalam adunan tepung nanti. Jom kita layan resepinya dulu

Bahan-bahannya 
5 biji telur ayam
2 cawan gula halus (seeloknya guna 1.5 pun cukup)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 buku butter (250g)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur ambil kuningnya untuk sapuan hiasan
Badam hiris untuk hiasan


Cara-caranya:
Butter dan gula dipukul sebati. Telur kuning yang direbus di lenyek dan dimasukkan ke dalam adunan butter tadi dan pukul lagi biar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung kastard. baking powder  dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pukul biar sebati sehinga boleh diuli.

Uli doh dan sedia untuk di tekap. Ini jer acu yang sesuai ada dalam simpanan kak-M, yang lain tah mana-mana simpan, malas dah nak mencari. Jadi tekaplah dengan acuan tersebut. Setelah ditekap dan disusun dalam baking tray, sapukan bahagian atas dengan kuning telur dan taburkan hirisan badam sebagai hiasan. Selepas tu bolehlah di bakar pada suhu 170 celcius dengan api atas dan bawah selama 25 minit.


Untuk adunan ini, kak-M dapat dua balang sedang. Boleh ler bagi mertua dan kakak ipar sikit. Nuha yang baru balik tadi dah rasmi dulu..ooopsss tak puasa mek ni. Sedapnya mummy, biskut ni!..heee, jangan tinggal balang kosong udah ler. 



Comments

SABARINA said…
nak sikit blh....aku pun suka biskut ni...tolong tapau sikit tau...hohohoho
emma marini said…
buleh, aku dah suh nuha masukkan maklobg sebekas...heee, nanti ada biskut manik coming son, sabtu aku deliver kay...:)
Unknown said…
lgsg xjd biskut sy... jd kembang... lgsg xleh mkn... sedih sgt... xleh jamu utk raya

Popular posts from this blog

Pediasure susu pilihan

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

My Baby Boy is Sick