Followers

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidil Fitri buat semua

Pagi-pagi lagi kak-M dah bangun masak nasi impit, 6 peket jer, untuk di bawa ke rumah bonda mertua. Alhamdulillah cantik jadinya nasi impit tu..heee macam ler susah benar nak rebus nasi impit yang telah siap dipeketkan..hehehhee. Ingatkan nak merendang ayam sekali, tetiba huby cakap tak payah sebab bonda dah order kat mana tah. Kuah kacang sempat juga kak-M masak. Nampaknya simpan dalam fridge jer lah.



Lebih kurang jam 1.00 petang baru kitaorang siap-siap untuk pulang ke kampung. Heee macam tahun0tahun sebelumnya memang dah jadi kewajiban untuk pulang ke Kampung SUngai Udang setiap kali raya. Cuma kali ini agak berbeza sedikit sebab we all akan pulang juga ke Kampung Hijrah di Kedah. Alhamdulillah gembiranya hari akak dapat peluang bertemu mak abah dan adik beradik semua pada raya tahun ini.

Sampai jer kat rumah Bonda di Klang tak der sangat benda yang nak dikesahkan sebab rumah BVonda memang dari awal algi dah siap segalanya. Makanan pun order jer, pagi raya adalah yang menghantar. Cuma nak isi kuih raya jer dalam balang. Tu pun biasanya pagi raya baru masukkan.



Petang pula Bonda ajak temannya ke Pasar Jawa Klang sebab dia nak collect duit jualan kuih raya. Jadi semuanya nak mengikut. Sibuk juga bandar Klang hari ni, Maklumlah ramai nak keluar mencari barang keperluan untuk meraikan Syawal esok hari. Kak-M pun sibuk juga turun ke Pasar Jawa tu, mencarikan tudung untuk Nuha.



Traffic kat bandar Klang agak sibuk juga. Then we all singgah PARAM kat Simpang Empat. Tak der apa sangat. Bonda beli ayam percik dan roti bom jer. Lagipun petang ni memang dah plan nak goreng cucur udang dan goreng nasi jer.



Alhadulillah tamat sudah Ramadhan tahun ini. Semoga panjang umur, berjumpa kita pada Ramashan tahun depan.

Akhir kata 

SALAM LEBARAN DARI KAK-M SEKELUARGA,MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...