Rayau Raya di Jitra Kedah

Tahun ni sangat bermakna buat kak-M sekelaurga kerana berpeluang menyambut Aidil Fitri bersama seluruh keluarga di Kampung HIjrah , Jitra, Kedah. Walaupun ianya hanya pada hari keemapt, tetapi perasaannya sama seperti hari pertama di sana.

Gembiranya hati dapat berkumpul kami empat beradik bersama anak-anak. Memang meriah rumah Tok Wan dan Maktok. Sampaikan sekeping gambar pun tak amik..huhu, punyalah kami menghabiskan masa bersama. anak-anak kak-M pun begitu gembira dapat bertemu mak dan ayah sedara serta sepupu mereka.


Kali ni hampir 5 hari kami di Kampung Hijrah. Asalnya nak naik flight sebab perjalanan yang agak jauh dan lama dengan anak-anak yang mingkun meragam. Tetapi tiket yang terlalu mahal membuatkan kami mengambil keputusan untuk naik kereta jer. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik sanagt lancar dengan keadaa traffik yang begitu baik. Semoga dapat lagi bersama seperti ini :)

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick