Followers

Monday, August 27, 2012

Teapot Deli Cafe

Hari ni saya masih lagi bercuti. Lepas hantar Darwish ke taska, saya ingat nak ke balai polis buat report kehilangan IC. Sekali lega sebab jumpa pula IC tu dalam folder surat beranak Nuha. Lega satu hal.

Dari nak pergi balai polis dan JPN, saya tukar rancangan ke SACC Mall. Tujuannya nak cari hadiah untuk cik abang..hehehhe. Hari ni Ulang Tahun Kelahirannya yang ke-36.

Tak der terpikir pun nak beli apa. Jadi jalan-jalan jer dulu dalam mall tu. Masuk jer main entrance tu, saya dah tertarik pula nak masuk Body Shop yang memang dah lama sangat tak jenguk situ. Tetiba tertanya pula Sales Girl tu ada tak pack hadiah untuk lelaki..huhuu, Sekali ada you, apa lagi tanpa pikir panjang beli la terus..hehehhe. Dah settle dua perkara.

Tetiba Nuha kata laparrrr!..Heheh, terus ler bawa dia ke Teapot Deli Cafe ni, tingkat 3 SACC Mall. You all pernah ke sana. Sangat cosy lah cafe ni. Mungkin lah tokey cafe ni dulu pernah menetap di luar negara, England mungkin. Sebab rekabentuk dalamannya sangat Inggeris. Memang teruja sangat dengan koleksi teapot yang disusun menarik dalam kedai tu.


Menu pun ala-ala Ingeeris. Tai we all makan Roast Chicken dan garlic bread serta Milo Iced. Beef Pie pun sedap. Selain tu ada juga juadah kuih kuihMelayu seperti pulut panggang dan kuih talam bakar. kalau nak ke sana senang jer, tingkat tiga SACC Mall just depan eskalator. Jom!

2 comments:

Hanif Idrus said...

Nuha punyalah belek menu..heheheh
Selamat harijadi buat hubby...setahun ajer kurang umur dari saya..ahaks...

Jemputan rasmi buat anda…
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

Emma said...

hehehhe, saya mesti join punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...