Happy Birthday Nuha
Selamat hari Lahir yang-5 buat anakanda Sarah Nuha. Setiap hari Nuha tanya bila nak beli kek, bila kek nak siap. hmm ok harinya telah pun tiba, Kali ini sambutan di buat disekolah Nuha. Nuha dilahirkan pada 22 Febuari 2007 di Greater Manchester Hospital, United Kingdom melalui pembedahan section. Waktu ni lah mummy mengalami kompilasi yang sangat kritikal selepas melahirkan Nuha. Alahamdulilah semuanya kembali stabil selepas 24 jam di wad HDU. Nuha dilahirkan cukup sifat, sihat dengan berat 2.8kg, Antara anak mummy yang paling besar ketika dilahirkan (heee).
Comments