23 Febuari 2012
Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. tau pasai pa... 'GAJI' .errkk bukan gergaji kayu tu..tapi pendapatan bulanan hah dah masuk hari ni, patutla kak-M nampak panjang benor orang beratur kat mesin ATM tu, baik kat office ni atau di stesen-stesen minyak.
Mana taknya January lepas kan gaji masuk awal sebab perayaan tahun baru cina, belum sampai hujung Febuari ni memang sesak napas ler kebanyakan orang. Jadi hari ni memang ramai dah serbu ATM tu hahahah..
Gambar dari sumber BERITA SEMASA
Kak-M pasti hujung minggu ni sure TESCO, GIANT dan mall semua ramai orang.
Berjimat cermat amalan mulia. Membazir itu amalan syaitan...Selamat menguruskan kewangan anda untuk bulan depan.
Comments