Dakwah Islamiah

Malam tadi lewat juga kak-M tidor. Sambil-sambil membaca warkah agama, menambahkan ilmu di dada, sambil tu jua kak-M melayan FB. Nampaknya masih lagi wujud berleluasa forwarded message like chain reaction tu. Hadoi sakit dada baca. Apapun niat untuk berdakwah itu baik cuma sebelum forward atau share with di other buatlah selidik terlebih dulu. Bukannya apa, dikuatiri kita turut menyebarkan risalah yang salah yang pada awalnya kita sangka ianya adalah kebaikan untuk dikongsi bersama. Lagi-lagi lah kalau dakwah agama yang melibatkan hadis. 

Kak-M percaya hadis tu bukanlah semudah logik akal fikiran untuk ditafsirkan, kena baca sampai habis dan fahamkan maksudnya. Kena juga baca syarah hadis untuk memahamkannya. Bukan sekadar amit keratan sikit dan tafsir serta sebarkan. Jika tafsiran itu salah, pembaca lain pula percaya lantas mengamalkankanya sampai matilah sebab tak rasa nak taubat pun...dia percaya apa yg dia buat tu betul...hah cemana kan..Hati-hati lah dalam berdakwah.

Contoh yang paling nyata ialah berkenaan tudung. Tudung wanita yang dipakai di kepala tu maksud kak-M bukan tudung saji atau tudung periuk ya heeee. La ni dah macam-macam feshen tudung dok ada. Dari tudung bonggol unta, tudung paderi, tudung awning, tudung Yuna dan macam-macam lagi. Ada juga tudung yang susah yang di terjemahkan sebagai tudung apa. Ibaratnya macam belit-belit jer kat kepala tu..heeee. Apapun niat bertudung tu adalah untuk menutup aurat kan. Bila timbul feshen ala syiria yang mana dibonggolkan sanggul itu tinggi seperti bonggol unta timbul lah macam-macam rintihan dan sabitan hadis..Ishhh hebat kan, tudung jenis ni mendapat perhatian meluas. Sampaikan keratan hadis tersebut senang lenang di sebarkan sana sini sehingga menimbulkan keraguan serta kepercayaan tudung jenis tu HARAM. 

Kak-M bukanlah Ustazah bertauliah bagi menghuraikan persoalan ini. Secara logiknya hadis yang dikait itu adalah merujuk kepada golongan wanita jahiliah zaman itu yang cuba menarik perhatian dengan mengenakan sanggul tinggi. Jelas bukan sanggul itu fokusnya tetapi perbuatan yang menarik perhatian umum itu jelas dilarang dalam Islam. Kalau nak pakai tudung bonggol unta ni depan suami, tak kan kena laknat juga? Macam tu lah....

Lepas tu ada pula dikaitkan dengan tudung paderi or sister yang macam mencekik jer tu, di pin atau dibutangkan ke belakang dikira HARAM kerana memnyerupai agama lain. Sebenarnya yang menjadi haram ialah kerana menampakkan susuk leher. Kalau diikutkan paderi/sister tu juga mengikut orang Islam dengan memakai tudung, dulu dulu depa pun tak pakai tudung. Jadi renung-renungkan lah yer...

Berdakwah itu adalah baik tapi hati-hati dan kena pada caranya.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick