Followers

Sunday, February 26, 2012

Birthday Bash 'SARAH NUHA'

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua, bebeerapa hari sebelum tu kak-M memang ke hulu hilir menguruskan macam-macam untuk kenduri hari lahir Nuha yang kelima ini. Memang kak-M dah rancang nak masak soto, dan nak sediakan rojak buah juga. Memang sangat meletihkan. Tapi mengenangkan ini buat anak tersayang maka kugagahi jua..heee.

Ok. 25 Feb 2011 pagi-pagi lagi kak-M dah bangun nak merenih sup untuk soto, nasinya telah kuhimpitkan dari malam lagi heee. semua keperluan bawang goreng, kacang goreng, rencah sayur memang dah sediakan awal-awal supaya pagi tu tak kalut. Maklumlah kami ni takder pembantu rumah jadi semuanya kena bikin sendiri okeh.


Rumah memang dari malam lagi kak-M dah gotong royong dengan anak-anak mop, sapu buang sawang bagai. Wah! belum lagi kes anak bertunang ke anak kawin ni..hahahha. Okey Jam 11.00 kak-M bawa Nuha amik kek dan singgah beli ais ketui  kat 7-eleven. 

Panggilan untuk family kaum kerabat ialah bermula pada jam 12 tengahari, agak mengecewakan juga tak der yang muncul tapi harus sedar itukan hari Sabtu jadi masih ramai yang bekerja , balik office pun jam 1 tgh macam mana lah nak dtg jam 12 kan..heee. Tunggu punya tunggu till jam 2 adalah salah sorang kawan bonda mertua yang tiba dengan cucu dan menantunya. Ok. Nuha dah mula tertanya tanya naper orang tak datang ni..huishh! memang suspend sungguh. Jam 3 punya hujan ribut petir bagai..till 3.30 hah baru sikit-sikit dah mula datang. Jiran-jiran berdekatan pun datang. Nuha pun dan senyum meleret tak sabar nak blow the candle..heeee

 
Agak agak dah ramai tu tu semua kawan- kawan pun duk rapat rapat depan kek. Apalagi anak dara tu heheheh makin lebar senyumnya. Seronok tak terkira lah dia. Tu lah dok nunggu-nunggu hari kenduri ni.


Okeh semua dah ada maka acara dimulakan. Selesai ppotong kek, budak-budak ni dapat goody beg sorang satu semua dah mula bawa haluan masing masing. Main tak hengat. tetamu pun makin dok datang..owh rumah kak-M memang dah sesak waktu tu. dah ler dengan tak der pembantu memang macam lipas kudung gitu, kejar sana sini, refill makanan, sambut tetamu. Mana si bujang kecik tu pula demam hari ni. Sian dia tak leh join seronok-seronok dengan kakak Nuha.


Menu utama majlis ni ialah Nasi Mendy, hasil masakan jiran kak-M masa kat Machester dulu tu. La ni Kak Izan dan balik Malaysia for good juga tinggal di Shah Alam. Memang sedap sangat nasi yang Kak Izan masak ni. Kemudian bonda mertua ada bawakan apum warna warni, karipap dan kuih serimuka. Alhamdulillah seronok rasa hati dapat buat kenduri jamu orang makan.


Lebih kurang jam 6.30 petang semuanya dah beransur-ansur pulang, ada beberapa kawan baik kak-M sampai, seronoknya dapat juga jumpa dan borak dengan teman-teman lama. Lepas gaghrib pula kawan-kawan suami datang satu geng sampai. Depa semuanya bawa anak masing masing wah meriah kembali suasana kat rumah kak-M. dah lebih kurang jam 9.30 semuanya dan pulang. Kak-M suami dan bonda mertua pun mulakan kemas mengemas..Huh memang macam-macam, sampah tok sah kira..Apapun memang puas hati. dan terima kasih tidak terhingga kepada bonda mertua yang banyak sangat membantu dari pagi sampai malam.

3 comments:

Kazman & Sue said...

selamat hari jadi juga dari kami sekeluarga..........

.........cP~ said...

Happy birthday to you...Seronoknya sambut birthday meriah camtu..

Emma said...

Terima Kasih semua, ni ler citer nak menggembirakan anak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...