Followers

Sunday, February 19, 2012

Bawal Hitam Masam Manis

Ikan bawal hitam ini mengingatkan pada peristiwa 9 tahun yang lalu. Masa tu kak-M baru je kawin ( baru perasab dan nak masuk 10 tahun kawin). Kak-M masa tu tinggal kat rumah mertua sementara menunggu tarikh berangkat ke United Kingdom untuk sambung belajar bersama suami.

Dah duduk rumah mertua kenalah pandai-pandai bawa diri kan. Suatu hari kak-M masak ikan bawal Masam Manis. Masa tu tak ingat dah guna resepi mana mungkin juga main campak-campak. Bila masa makan, kak-M tengok Mak Mertua tak makan pun masakan kak-M tu. Kak-M pun tanya, "Mama tak suka ker atau tak lalu makan masakan saya ini?'...dah mak mertua jawab 'Mama tak makan Bawal Hitam' . Owh! Tahu lah kak-M rupanya dia memang tak makan ikan ini tapi kawal bawal putih makan pula. Macam sama jer cuma warna yang berbeza. Apapun itu cerita lama buat teladan, len kali ingat kalau mak mertua dtg rumah kak-M elakkan ikan bawal hitam ini.. heee

Semalam, ada jemputan majlis hari lahir dari jiran sebelah rumah maka kak-M decide untuk tak masak sangat lah. Tapi anak kak-M yang sorang ni kuat makan nasi, pikir punya pikir kak-M masaklah  Bawal Hitam Masam Manis. Yer lah hari-hari asik makan ayam yer, kena juga makan ikan.

Kali ini Bawal Masam manis kak-M guna resepi sendiri. Cedok sana edok sini. Jadilah ia. Biasanya letak sos sos jer tapi anak-anak tak gemar. pelik rasanya depa kata. Jadi jom layan Bawal Hitam Masam Manis


Bawal Hitam Masam Manis

Bahan bahan:
2 ulas bawang putih diketuk
2 ulas bawang putih,
3 ulas bawang merah
sebiji bawang besar
2 sudu besar cili giling
satu sudu besar sos tomato, dan sos cili
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:
Mesinkan   bawang putih dan bawang merah dengan cili giling. Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan bahan bahan yang dimesin tadi. Biarkan cili masak seketika dan masukan sos cili dan sos tomato serta sedikit air asam jawa. Rasakan dengan gula dan garam, akhirnya masukkan bawang besar yang dipotong dadu dadu dab biarkan ia masak seketika di atas api yg sederhana. Siap!

Boleh juga dicampurkan nenas potong, tomato dadu atau carrot.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...