Janganlah Engkau Marah

Suka marah? Kenapa nak marah? Kalau tak marah tak boleh ker? Hmmm macam-macam soalan ni, mana satu nak jawab, semuanya berkenaan marah. Pernahkah you all berhadapan dengan orang yang dalam kemarahan. Owh! kalau kak-M masa dolu-dolu memang hari-hari dok dengar orang yang sorang ni marah. Hhuishh berdengung dah telinga ni. Kita yang kena marah ni memang sakit dada la, yang mendengar orang kena marah pun turut menerima kesannya apatah lagi orang yang sedang marah tu. Selepas bertukar jabatan, memang dah lama tak dengar orang marah-marah..heee. apaun secara dasarnya perlukan marah?

(Hmm burung pun boleh marah tau)

Marah bakal meningkatkan hormon adrenalin. Ianya di kesan dari perasaan gementar yang menyebabkan ketidakteraturan degupan jantung. Samalah macam kalau kita naik kereta kabel contohnya. Pasti tuan-tuan terasa debaran jantung setiap kali gondola itu dihayun angin kuat, atau sama seperti ketika menaiki roller coaster. Teras macam jantung dah tertinggal kat belakang macam roller coaster tu meluncur (Tobat akak tak naik lagi)

Pastinya ia adalah tidak baik untuk kesihatan jantung terutama kepada pengidap darah tinggi (i ler tu, heheh) atau kencing manis yang boleh menyebabkan perubahan adrenalin ini berlaku secara mendadak ketika marah. Oleh itu cuba kawal kemarahan anda.

Pernah tak dengar ' kemarahan menggabungkan segala kejahatan' ( errrk dah macam ayat citer Merlin plak). Kerana marah yang tidak terkawal bakal mengundang permusuhan yang tak berkesudahan. Sebab itu kena kawal kemarahan. Ini kes bila orang yang kena marah itu, tiap-tiap malam dok pikir 'apasal la dia marah aku sampai gitu sekali, tak leh ke cakap leklok..' Keesokkannya terasa dah takmo kawan lagi, takut kena marah..hehehhe. hah! tak ker secara tak langsung memutuskan persaudaraan.

Apa yang boleh di lakukan untuk kawal kemarahan. Kak-M pernah mendengar ceramah dari siri 'Tanyalah Uztaz' menerangkan antara salah satunya ialah dengan menyebut nama Allah, mengambil wuduk juga dapat meredakan kemarahan seteruskan melakukan solat sunat agar lebih tenang. Seteruskan keluar lah dari situasi atau persekiran dimana bermulanya kemarahan itu. Dan yang paling penting harus segera memaafkan. Sedangkan Allah memangkan hambanya, inilah kita insan yang hina.

HADITH

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Orang yang kuat adalah yang mengawal dirinya ketika marah, bukannya orang yang kuat bergelut.”

Juga Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa, “Seorang lelaki bertemu Nabi SAW dan berkata:” Nasihati saya. “ Nabi SAW bersabda: “Jangan engkau marah.” Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali, tetapi Nabi SAW berkata: “Jangan engkau marah ‘”. (Lihat Shahih Al-Bukhari: “Etika”. 6114-16).


sila rujuk syarah hadith juga untuk maklumat terperinci

Sekian, pesan kak-M juga 'Janganlah Engkau Marah'


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick