Followers

Saturday, February 18, 2012

Toucho Ikan Selar

Sebab ada ayam merah maka ikan goreng tak laku lagi. Abang Danish tiga kali bertambah nasi dek penagan si ayam merah. Habis apa Kak-M nak buat dengan si ikan goreng ini. Teringat kak-M dengan sebungkus toucho tersesat dalam simpana fridge kak-M tu. Ini kes masa dok cuci kemas fridge bulan lepas. Hmm baca sana baca sini tersanggut pada blog Dapur Tanpa Sempadan, macam-macam jenis masakan toucho dok ada, pilih saja mana mau.


Tudia, garaing trang tang tang ikan goreng ni, hmm sebab tujuan asalnya nak makan dengan nasi, anak dan suami memang suka ikan garing macam ni, ala-ala kunyah keropok gitu. Kalau ikutkan resepi asal, ikan ini tidaklah digoreng terlalu garing.


Inilah first time kak-M masak toucho okeh. Asalnya kak-M tak gemarkan toucho ni sebab baunya tu. Dan kalau tak kena gaya masakan akan jadi masin. Nasihat mak mertua toucho to basuhkan sikit agar bila dimasak tak terlalu masin.Hmmm mari cuba dan resepinya you all boleh semak di Dapur Tanpa Sempadan. Memang kak-M ikut jer apa yang abang Mat Gebu tu tulis. Menjadi you all, jadi tak der lah membazir ikan goreng garing ni kan.


Okey dah siap, jom makan dengan nasi panas. Memang kaw!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...