Listen!

Dua tiga hari ni memang meletus satu fenomena baru. Fenomena 'Listen! Listen! Listen!'. Korang tahu tak? Mesti tahu kan?

Satu hari tu memang penuh wall kak-M dengan status tentang 'Listen' ni. Video clip yang di muat turun kan di you tube tu cukup memberi kesan mendalam pada semua. Memang drastik sangat sebaran clip tu. Sekelip mata dah wujud pelbagai FB baru, lagu, parodi dan sebagainya.

Melihatkan parodi dari Luthfi tu memang cukup mendalam ertinya. Tak sepasal kak-M semalaman dampai jam satu melayan clip video karya Lutfi. Kalau nak tahu korang google jer. Mesti jumpa. Memang kreatif sangat mamat ni.

Be rbalik kepada isu di atas ,Kak-M pun tak begitu pasti dengan forum yang dianjurkan oleh pihak tersebut bertempat di Universiti Utara Malaysia. Isu ni menjadi hangat kerana sikap agreasif seorang panel penganjur yang telah memalukan seorang mahasiswa di hadapan peserta-peserta lain.

Apa yang menyedihkan apabila panel tersebut mengeluarkan perumpamaan menggunakan conth binatang. Memang sangat terhina. Apalagi mahasiswa yang bertanya asalah dari keturunan India dan panel adalah beragama Islam.

Seharusnya dalam debat atau forum sebegini, pelajar diberikan hak untuk bertanyakan soalan. Kalau anak kita pun mesti kita tunggu sampai dia habis tanya dan kita akan cuba jawab dengan cara terbaik. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Begitulah kita dalam kehidupan. Sebelum bercakap fikirlah sebaiknya samada kata-kata kita itu akan menjatuhka air muka orang lain, mendatangkan kemarahan orang lain ataupun menjatuhkan maruah orang lain. Tiak salah menegur asalkan kena pada caranya.

pesanan buat kita...

'Seorang ketua yang bagus harus juga dari seorang pendengar yang bagus'

Salam Jumaat dari kak-M


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick