Malam di Pulau Pangkor

Paling seronok bila dapat luangkan waktu malam di tempat kita bercuti. Lain tempat lain aktivitinya.

Di Pulau Pangkor ni, aktivitutama di malam hari ialah bazar malam. Memacam jualan cenderahati di jual sepanjang jalan. Memang happening sangat. Sesambil jalan di sepanjang tepian pantai tu sambil membelek barang-barang yang dijual boleh singgah pekena ais kacang, atau paling tidak char koewteow..Hmmmm lepas makan boleh sambung jalan beli baju-baju pula kemudia singgah ngadap jagung bakar pula. Ha kan.! Asik mencekik jer kejanya...huhu.




Malam tu kak-M ada lah belikan serba sikit buah tangan untuk sedara di Klang. Belikan 2 helai t-shirt untuk anak buah dan seorang sehelai untuk anak-anak kak-M serta untuk bonda mertua juga.

Selebihnya kak-M layan anak-anak nak beli keychain untuk ustazah lah, teacher lah, untuk kawan-kawan la..biasa ler kan bebudak ni pandai dah depa. Kak-M pun beli juga fridge magnet untuk kenangan sendiri. Semua kedai lebih kurang sama jer harganya. Kak-M beli Fridge magnet yang RM10 untuk 5 keping..heee ok lah kan untuk bagi kawan-kawan pejabat.

Well okay...esok kita sambung aktiviti naik boat laju pula yer...

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick