Makan malam di Pangkor..memang kapak weiii!

Woot! Woot!..Salam siaran di malam hari. Kak-M malam ni nak berkisah pasal makan malam di Pangkor..Aiii cerita jalan-jalan di Pangkor tu masih belum berpenghujung. Jadi mari ler kita layan aktiviti makan malamnya pula.

Al kisah udah penat semuanya mandi manda di siang hari. Memalam tu memang nak mencekik jer rasanya. Semua kelaparan tahap gaban gitu...huhuu.

Kat kawasan luar Anjungan Resort ni memang banyak sesangat gerai menjual makanan. Kau sebut jer nak makan apa..semuanya ada belaka. Disesebabkan tempat ini kepulauan sudah pasti makanan laut menjadi menu yang sangat popular. setiap kedai makan musti ada letak satu meja yang penuh dengan makanan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam dan lain lain lah.

 Macam-macam ada...ikan, udang, sotong, kerang, minta jer....

Masa kak-M turun ke kedai makan tu. Member-member hubby dah siap order jadi tak der lah lama menunggu makanan nak sampai kan. Kak-M ni belasah jer, memang langsung tak cerewet tentang makan, asal perut di isi kira okay ler.

Memang panjang bebenor meja makan kitaorang. Maklumlah 3 famili sekaligus turun kan. Ha...mencelapak tokey kedai tu menyusun meja segala.

Sementara menunggu makanan siap, berborak ler dulu semua orang. Macam biasa minuman akan sampai dulu.


Yup! Ada kerang rebus okeh, cicah dengan air asam Tak sangka pula kak-M yang bebudak ni kemain suka meratah kerang rebus ni..huishhh! habis tu bermangkuk-mangkuk depa berebut makan. Kak-M jamal sesikit jer.


Lebih kurang dalam 15 minit gitu makanan pun sampai ler sedikit demi sedikit. Boleh tahan jugalah depa ni meng order..walaweiii! Camno nak habiskan ni. kemain banyak menu yang depa order. YAng kak-M ingatler ialah Siakap 3 rasa, kailan ikan masin, Sotong goreng kunyit, ayam sweet sour, kerapu bakar dan telur dadar. Ha kau...mentantak ler kitaorang kekenyangan.


Bila dah dapat makanan semua nya bukan kemain kusyuk lagi menikmati hidangan makan malam tu. Dalam keseronokan makan sambil borak-borak ala-ala mesra alam gitu, Ahmad Darwsih pula buat hal...aduhai!..Kena lah kak-M laki bini bergilir dok usung dia sana sini melayan agar dia tak boring.

Memang licin berkilat ler pinggan semua, senanh mak jemah nak mencucui kan. Heeee, jadi bil makan makan ni korang tok sah ler tanya, sebab kak-M pun tatau..mueahahhaha, Apa yang kak-M tau memang mahai berdengung gitu orang Kedah cakap lah. Ikan-ikan di sini kalau beli mentah memang murah sesangat lebih kurang dalam RM17 untuk seekor ikan bawal emas, tapi bila siap dimasak walaupun hanya bakar garam kunyit saja, harganya ialah RM48 okeh....ha ko mampu? kui kui kui..macam tak percaya tapi memang itu ler kenyataannya. Dua malam dah kami makan sini di kedai yang berbeza..kekunun mengaharpkan yang lebih murah, mahal lagi adalah.

Jadi tak mau komen bebanyak, redha jer lah sebab awak kan pegi cuti-cuti Malaysia jadi bersedialah dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku, tak gitu? Ha senang jer kaedahnya kan?

Begitu le kisah nya makan malam di Pangkor ni. Nanti kak-M nak berkisah tentang shopping-shopping pula..okey...jumpa lagi..bai bai..




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick