Anjungan Resort and SPA, Pulau Pangkor

Alhamdulillah semua dah malan malam? Well ok, sekarang kak-M nak berkisah lagi tentang percutian ke Pulau Pangkor ni. Wah! Dah jadi banyak episod pula yer...maklum ler melepas gian setelah berhari tak berblog...layannnnnn!


Untuk percutian 3 hari dua malam ni kami tidur di Anjungan Resort and Spa di Teluk Nipah, Pulau Pankor. Memang cantik sangat tempat ni, aman damai dan tenang gitu. Sangat sebuai untuk pakej bulan madu apatah lagi bercuti bersama keluarga. Harganya suami kak-M yang bayar, kak-M tatau harga sebenar tapi katanya dalam RM700 untuk temph tersebut. Kami booking bilik keluarga jadi ada connecting room dengan 2 biji katil queen. 2 bilik air juga. Sangat selesa dan fasiliti pun bagus.

Beginilah suasana di pengiapan Anjungan Resort and Spa. Sangat santai, aman dan damai.

Ini bilik kak-M dan suami serta Ahmad Darwish


Ini pula bilik Aunty Rina, Danish dan Nuha. Biliknya semua luas lengkap dengan heater di bilik air, kettle, beberapa sachet kopi,tea dan gula, juga ada peti ais ya. Sama seperti hotel bertaraf 4 bintang gitu. Cuma satu je...ada monyettttttt! Jadi pastikan pintu tingkat bertutup, kalau tak habis dikerjakan monyet tu.


Swimming pool di sini tidak lah begitu besar sesesuai dengan saiz kawasan penginapan ini. Swimming pool ini di buka seawal 10am sehingga lah 10pm..sampai lebam lah depa ni berendah..tak puas-puas.

Cadangan kak-M lah, pihak pengurusan Anjungan Resort and Spa ini perlu menaiktarafkan jaringan internet wifi agak boleh sampai ke semua bilik-bilik penginapan serta upgradekan perkhidmatan TV dan rancangan astro. Adoiiii macam nengok TV rosak jer.

Jadi sesapa yang nak datang bercuti ke Pulau Pangkor, kak-M memang recommend kan tempat ni, selain dari senang nak dapatkan tempat makan, ianya juga berhampiran dengan tempat untuk naik boat pusing pulau serta shopping serba sikit.

Okehhh sehingga ketemu di episod seterusnya...jangan kemana-mana..stay tune!


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick