Followers

Wednesday, January 9, 2013

Setahun lagi berganjak...

Alhamdulillah, kak-M masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah. Sesungguh ianya adalah suatu nikmat yang tiada ternilai. Kak-M bersyukur di atas segala rezeki darinya, di jodohkan dengan pasangan yang begitu memahami, sehati-sejiwa, dikurniakan anak-anak yang bijak dan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

 Dua tiga hari lepas Nuha dah mula ajak Kak-M buat kek, katanya nantikan happy birthday mummy jadi kenalah buat kek. Bijaknya dia berkata-kata. InsyaAllah jika ada kelapangan kita akan sama-sama buat kek. Malam tadi pula Danish demam. Kesian sangat dia, kak-M sampai lewat untuk ambil dia dari sekolah, dia dah baring di kerusi panjang menunggu kak-M. Sampai jer rumah terus kak-M suruh dia mandi, makan dan makan ubat lepas tu rehat. Mujur lah tak der kerja sekolah, sambil borak-borak depan TV Danish tanya..

 "Esok Bithday Mummy kan?" , 

 " Ye"
"Alah, Abang tatau la nak belikan Mummy hadiah apa" 

Dalam hati, memang sangat terharu betapa seoarang anak ingin sebolehnya menhadiahkan sesuatu pada hari istimewa ibunya. 

 "Tak pe lah Abang, Mummy orang besar lah, tak bagi hadiah pun tak per, Abang hadiahkan doa jer untuk mummy sihat selepas Abang solat boleh?" 

 "Boleh la.." 

Lebih kurang jam 8.30 malam hubby pun sampai dari kerjanya. Dah tak nak makan, memang begitulah selalunya kami suami isteri jarang makan malam, kalau makan pun pada jam 7.00 atau sebelumnya. Hubby sebenarnya baru balik dari outstation jadi memang keletihan. Selesai kemas baju-baju kotor terus naik atas mandi dan rehat.

Kami memang suka santai di tingkat atas dalam bilik tidur. Gamat jadinya. Sambil main game ramai-ramai. Ahmad Darwish memang sepanjang masa jer dengan upin ipin tu. kami ni apa lagi 'Hidden item' lah..Iskk ketagihan sungguh main game tu. Dan lebih kurang jam 10.30pm Hubby bangun dari katil cakap, Daddy dah tak larat tunggu daaa jam 12.00pm, ni untuk mummy, Happy Birthday Mummy!....

Sangat teruja bila hubby bawa balik hadiah. sesungguhnya selama 10 tahun perkahwinan memang kak-M tak pernah sekali pun request hadiah dari suami, tapi memang dia akan bagi lah walaupun kak-M tak minta. Dan untuk tahun ini, hubby hadiahkan kak-M.....


Wah! Terperanjat juga sebenarnya sebab kak-M memang nak beli HP baru pun memandang Blackberry ni pun tak buat hal sesekali. Alhamdulillah semuanya rezeki kan? Terima kasih banyak-banyak buat hubby tercinta. Bila kak-M dah buka kotak Galaxy Note II ni maka berebutkan Nuha dan Danish nak main. huhu..adoii tak habis dengan segala gadjet yang ada, siap lah mesti penuh dengan game depa dalam tu nanti.

 Nuha cakap pandai lah Daddy beli cover ni, Yuna ni memang macam muka mummy pun..hahahha, gelak besar mak okeh!...Pepandai jer Nuha celoteh. Cover ni pun dapat percuma dan design tu jer paling menarik kata Hubby dan kak-M akan cari yang lebih baik untuk perlindungan yang lebih baik. Yer lah, smart phone ni kena jaga bebaik, sensitif kan.

Dah panjang pula entry pagi ni. okey lah ini saja perkongsian kegembiaraan kak-M hari ni.

3 comments:

indah.com said...

tambah lah umoq setahun lagi

LanaBusyBee said...

happy besday kak emma...semoga berganjaknya setahun ni, moga di berikan kesihatan yang berpanjangan, dan di murahkan rezeki selalu ^^

Emma Marinie said...

Amin, terima kasih semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...