Pulau Pangkor...aku datang!

Akhirnya rencana untuk bercuti bersama keluarga terlaksana jua. Destinasi kali ini ialah ke Pulau Pangkor. Kat mana yer Pulau Pangkor tu? Heeee Pulau Pangkor tu terletak di Negeri Perak, Malaysia.

Seperti biasa hubby kak-M memang dan merancang bersama kawan-kawannya untuk bercuti ke Pulau Pangkor ni. Sebab percutian ini juga menjadikan kak-M ti dak dapat access ke Blog ini. Maka berhari juga tiada update terkini. Tapi dah balik bercuti ni memamng banyak sangat benda nak cerita.

Kami bertolak dari Shah Alam pada 24 Januari 2013 iaitu pada hari Maulud Rasul tu. Seawal jam 6.30 pagi sesudah subuh ler kiranya. Kemudian kami berhenti untuk minum pagi di hentian rehat Guthrie di Elama pada jam 7.30 pagi. Memasaing dah ada tugas untuk bawa makanan. Kak-M sediakan nasi goreng dan bihun goreng, lagi dua family bawa nasi lemak dan nuget serta drummet goreng.

Seronok juga sesekali travel reramai macam ni. Apatah lagi anak-anak yang memang suka bila dapat berkawan macam ni.


Perjalan ke ke jeti untuk ke Pulau Pangkor tu mengambil masa hampir 3 jam juga. Naik feri di Jeti Marina sebab lebih dekat dalam lebih kurang 10 minit jer dah sampai. Tak pasti pula harga tiket rasanya dalam RM10 macam tu dan feri ada setiap 30 minit. Alhamdulillah masa tu tak begitu ramai pelancong jadi tidaklah berebut dan beratur panjang di jeti tu.


Kami naik feri lebih kurang pukul 1pm. Alhamdulillah laut pn tenang dah perjalanan sangat lancar.

Nantikan sambungannya nanti..Kak-M nak ke dapur dulu..semua dah menjerit kelaparan..hehehe....tungguuuu!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick