Bekalan Hidup

Sungguh ironik tajuk entry kali ni. Hehehhe, 'Bekalan Hidup'. Dah nak mati ker? Eh siapa saja yang tahu bila sampainya ajal kita, kerana janji Allah itu adalah PASTI....

Okey, kak-M cuma nak kongsikan barang yang baru kak-M beli ni. Kak-M pasti ramai di luar sana yang sudah pun memilikinya.  Kak-M belikan pun khas untuk anak-anak yang kak-M sayangi. Barang yang dimaksudkan ialah Set Al-Quran Elektronik. 

Sebulan yang lalu ada jurujual datang ke office. Biasanya memang kak-M malas nak layan sebab banyaknya jual buku-buku agama yang semememangnya banyak di rumah kak-M. Tapi kali ni agak tertarik pula dengan produk yang dia perkenalkan.

Set ini didatangkan sersama Smart Pen yang membantu kita untuk membaca Al-Quran dengan betul. Ianya telah di semak baca oleh ahli agama tersohor dan bertauliah. Jadi gunalah tanpa sangsi. 

Sebenarnya bukan saja anak-anak yang guna. kak-M sendiri pun kekadang perlukannya juga.




Bukan sekadar membaca, Smart Pen itu juga boleh menyimpa zikir-zikir harian beserta doa dan boleh dia mainkan sebagai MP3. Boleh digunakan dalam pelbagai bahasa, Bahasa Arab, English, Mandarin dan sebagainya. Harga masa tu ialah RM350. Memang mahal sebab ianya sesuatu yang bermakna sebagai Bekalan Hidup kita.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick