Followers

Sunday, January 27, 2013

Makan Tengahari yang sangat sempoi

Masih lagi siaran episod Jalan-Jalan ke Pulau Pangkor....panjang yer kisahnya sampai ber episod tak habis-habis. Macam tu ler kiranya bila idea tu membuak-buak untuk di luahkan.


Sementara menunggu semua bilik siap sedia, jadi kami semua pun melepak sambil borak di kafeteria Anjungan Resort tersebut. Hmmmmmm, lambat juga rasanya menunggu semuanya siap sedia. Ada pula kes rungutan yang perlu pihak Anjungan Resortkan selesaikan sebelum melayan urusan Check-In kami.


Ha..turun jer dari van,,bersepahan barang melonggok kat depan kafeteria ni..udah semua orang pun penat bebenor kan. Jadi lantak ler dengan barang tu sumer. Semua barang tinggal jer situ, orangnya semua masuk dalam kaferia nak cari makan tengahari.

Aisehhh dukacita dimaklumkan kafeteria hanya beroperasi sehingga 12 tenagahri disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian dapur. Dushhhh! Terduduk ler semua..jadi apa jadi masalahnya, kita kan bawa bekal jadi meh kita open table sini..heheheh, maka kami buka semua bekalan yang di bawa dari sana dan hadap ler beramai-ramai. Sungguh selera gitu, tatau ler selera atau kelaparan. Hahahha! Memang habis licin tau, senang mak nak cuci pinggan.


Ha! Tu dia, baru betui makan cenggini, kau letak lah amende pun, mesti licin punya. Masa sarapan pepagi buto tadi, buat tak layan jer kan. Ha sekarang tak cecukup pula makanannya. Amierul hantam nasi goreng 3 kali tambah. Huhuhu, bagus ler bior kenyang yop, nanti petang nak terjun kolan kan.

Ibu-ibu, bapa-bapa pun kemain berselera menjamah apa yang ada. Hah! makan jer yeop!..


Gini ler rupenya kome makan tengahari kan. Hehe, berbeselra bebenor. Lelari sana sini dok menambah lauk. Ha..mana lah orang Anjungan Resort ni, masih belum settle dengan customer sebelum tadi..ishhh brapa lama mau nunggu so then boleh check-in dan melabuhkan badan ke tilaman nan empuk itu..mata pun dan makin mengkuyu. Mau tidaknya, seawal jam 4 pagi kak-M dah bangun nak goreng nasi, bihun segala. Jadi sekarang aku mau ganti itu tidor ma.

ok...sini dulu episod mandi kolam dan makan malam kita citer later ya...mari rehat sambil menclick pesanan penaja heheheh


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...