Teksi 'PINK' okey..kau ada?

Alhamdulillah petang tadi kami ke kenduri aqiqah anak sepupu suami kak-M di Kapar. Lepas zohor majlisnya. Macam-macam makanan ada. Kak-M cuma makan kambing golek sikit, bihun goreng dan kuih muih..tak terlarat nak makan memacam. Sekarang ni kak-M santai di rumah Bonda Mertua. Lepas minum petang, hubby bawa anak-anak gunting rambut kat kedai depan jadi kak-M curi masa untuk update sikit sambungan cerita Cuti ke Pulau Pangkor tu.



Pulau Pangkor ni kecil je pun, setengah hari pusing pun habis. Tapi kami tak ler pusing sangat sebab lebih kepada melayan anak-anak punya aktiviti apalagi mandi manda lah.

Sampai sana lebih kurang 1.30pm  macam tu, jadi terus cari teksi untuk ke ketempat penginapan. Kat sini teksinya ialah van. Van Teksi sini vogue gitu, warna merah jambu okeh...heee. Nuha cakap mummy teksinya warna pink lah..hahahha, teruja semuanya nak naik teksi pink ni. Memang branding jugalah warna merah jambu yang depa pilih ni. Jadi untuk jumlah peserta rombongan kami seramai 3 famili ni berserta beg-beg yang besar, berat dan banyak ni perlukan 2 buah teksi.....tiada penghawa dingin okeh..semuanya natural gitu...

Ha kan? Memang ramai sesangat ahli rombongan cik kiah ni...heee, menunggu teksi dengan penuh sabar. Sama naik pula dengan geng-geng menyewa kereta..alooo kita nak teksi lah.!

Yang bawa beg besar tu Aunty Rina...heee, memacam benda tu ada dalam beg aunty..heee steady jek aunty menggalas beg besar tu..


Pink you! Jangan marah..heee, untuk perjalanan dari Jeti Pangkor ke tempat penginapan kami cuma RM20 sahaja untuk sebiji teksi, kira okay ler kan? Lagi pun memacam benda dah kami sumbat dalam teksi tu, puas hati ler boleh hangkut segala dalam satu teksi. Bebudak ni kemain menjerit dalam teksi sambil rambut beterbangan di tiup angin kencang dari luar..almaklumlah tak der 'air-cond' kan...heeee heee..

Kalau diikutkan kiranya satu pengalaman baru lah bagi anak-anak ni. Mana pernah depa naik teksi. Heee, siap cakap bestnya teksi ni ...ha kan! Begitu hebat teksi pink ini pada mereka. Siap berebut nak dok tepi tingkap tu sebab syok ditiup angin kencang.



Well! Sampai sini dulu, I need to prepare dinner...nanti malam sikit kak-M sambung ye.....tungguuuu!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick