Followers

Saturday, January 19, 2013

Harus Report Polis!

Akhirnya kami buat keputusan untuk report polis juga untuk mengelakkan hal yang lain pula timbul. Jadi jam 12 tengahari tadi terus ke Balai Polis Trafik Seksyen 9 untuk buat laporan kemalangan.

Memula kena isi borang dulu pastu kena picit no dan tunggu lah giliran.

Pastu ada sorang polis wanita akan tulis satu laporan berdasarkan maklumat yang kita isi tu. Pastu tunggu untuk di soal oleh sarjan pula.

Pastu sarjan panggil masuk dalam dan tanya lagi. Sarjan puan siasat lah itu ini dan suruh balik. Sarjan cakap apa-apa hal nanti depa akan telefon la. Ok tak der lah kena bayar apa-apa pun. Nasib baik lah sebab duit pun ada 30 hengget je..huhu.

So selesai satu perkara. Nak claim insurance atau tak itu cerita lain. Sekarang ni laporan polis lebih penting sebab khuatir mamat yang langgar tu jika dia ada kecederaan dalaman dan tampil pusing jadi cerita lain pula kan...ha tu pasal kena juga buat laporan.

Alhamdulillah semoga segalanya dipermudahkan.

1 comment:

Kazman / Sue said...

itulah langkah yg sebetul2nya.... semoga dipermudahkan urusan......

selamat berhujung minggu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...