OPKIM 2012 - Day 2

Petang semalam semua peserta telah diserahkan kepada keluarga angkat masing masing. Hari ni aktiviti pertama diteruskan dengan motivasi di sekolah dan aktiviti gotong royong kampung. Peserta dibahagiakn kepada dua group. Jadi kak-M masuk group yang akan ke sekolah. Selepas minum pagi seramai 11 orang peserta berjalan kaki ke Sekolan Kebangsaan Batu Hampar. Merbok.





Menarik juga aktiviti ini, kumpulan yang disasarkan adalah seramai 53 murid murid sekolah yang bakal menduduki UPSR. Murid murid di dedahkan ke[ada kesedaran betapa pentingnya ilmu dan pelajar untuk masa depan yang cemerlang. Yang menangis pun ada tau. Kak-M doakan agar semua anak anak kamung ni berjaya dengan cemerlang menjadi insan yang berguna dan kembali berjasa kepada ibu dan bapa.

Disebelah petangnya pula peserta OPKIM melawat orang orang susah, OKU dan ibu tunggal untuk menyerahkan sedikit cenderahti hati berupa beras, milo dan gula. Dan Akhirnya semua berkumpul kembali di dewan untuk riadah bersama anak anak kampung.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick