Followers

Thursday, April 19, 2012

Pasar Malam lagi

Asalnya tak nak pegi pasar malam minggu ni sebab pening memikirkan nak parking. Tapi dok pikir-pikir lagi, malas pulak aku nak masak masak petang ni. Maka pusing ler juga ke Pasar Malam Seksyen 7 tu. Nak dijadikan rezeki, elok jer aku pusing ke tepi kawasan pasar malam tu ada pula kereta nak keluar parking, apalagi, zassss aku terus masuk parking. Masa tu dah hujan renyai-renyai. Si Abang memang malas ler macam biasa memang tak nak dia ke sini. Pujuk punya pujuk baru dia cakap ok. 


Maka berjalan ler kami berdua beranak dalam keramaian pasar malam tu, waktu tu dah hampr pukul 6 petang. Memang dah ramai ler rakyatnya. Mula-mula menghala ke bahagian basah basah, yang kononnya nak beli ikan, sotong dan udang bagai...sekali tak jadi beli . Haishshhhh apa lah ko kak-M weh...macam malas jer nak balik basuh basuh segala. Jadi jalan jer terus. Abang cakap nak makan jagung, okeh beli jer jagung rebus n bakar kat situ. Pastu nak makan nasi lemak pula..huu settle kerja mummy maka  menu malamnya ialah Nasi Lemak.


2 comments:

Kazman / Sue said...

pasar malam... macam2x ada....

Emma said...

hahah...betui tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...