Followers

Sunday, April 22, 2012

Mee Kari

Minggu ni hubby outstation lagi tapi cuma semalam jer sebab dia dijemput untuk jadi panel penilai bagi satu majlis anugerah industry. Hari Sabtu kak-M memang dah rancang nak masak mee kari. Lama juga rasanya tak masak mee kari ni. 

Sebab memang dah rancang nak masak mee kari ni, maka siang siang lagi dah beli segala bahan mentah untuk ramuan mee kari


Masak tak banyak pun, cukup lah untuk satu family makan. Macam biasa kak-M guna rempah kari ayam Babas. Pilihan lain mungkin Allagapas. Karinya memang wangi dan tidaklah terlalu pedas. Untuk ramuan mee kari ni kak-M tambahkan serai dimesin bersama bawang. Cara nak buatnya sama jer macam masak kari ayam tu.

Lauk pauk kena banyak baru terasa umpph!. Kak-M letak udang, sotong dan ayam. Dok tercari gak kerang tapi tak der hari tu. Kalau nak lebih lagi boleh juga tambahkan fish cake atau fish ball.


Mee kari ni enak dihidangkan bersama, sawi celur, taugeh, bawang goreng dan telur rebus. Kalau nak letakkan cili merah poong pun boleh. Kak-M kalau letak cili tu nanti ada jer dokais ke tepi pinggan jadi tok sah letak..heee.

Petang tu dapat juga kirimkan sebungkus untuk mertua di Klang. Alhamdulillah ramai yang dapat merasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...