Followers

Thursday, April 19, 2012

Ayam Penyek

Masa mula mula kawan ajak pi makan nasi ayam penyek, gelak besar kak-M..Mau tak nya, kak-M dok terpikir lah apa pula cemana ler ayam tu dipenyek penyek. Rupanya memang dah popular pun menu ni. Di Seksyen 7 ni saja ada dua kedai  jual menu ni, Satu ialah Restoran franchaise Ayam Penyek dan satu lagi kedai ala indonesia, 'Wong Solo'. Siang tadi kak-M pi pekena ayam penyek di Wong Solo. Memang sedap cuma kak-M tak tertahan dengan pedas cili nya tu. Tapi tadi dia ada letakkan dalam bekas berasingan cili kicap yang macam kita letak dalam sup soto tu..aha! baru ngam. Pekena pula dengan soda gembira..owh gembiranya saya hari ini!

Yang ini tajuknya Avocado Coklat..heee my friend yang order.


Ni lah set ayam penyek, biasanya di hidangkan bersama, tempe goreng rangup, timun, terung berlado dan salad. Ayamnya digoreng rangup bersama serbuk serbuk ala serunding tu....Hmmm..Kalau tak tahan pedas, tok sah ler ko cuba cilinya itu....memang terbakor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...