OPKIM 2012 - Day 3


 Masjid tertua di Kedah

Hari ni aktiviti bebas di sebelah pagi. Kami dibawa jalan jalan sekitar kampung. Kampung ini adalah kampung di mana bermulanya Kerajaan Melyu yang pertama. Memang banyak tinggalan sejarah di sini dan makan Sultan Melayu yang pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah juga berada di sini.



Disini ialah museum arkeologi. Di sini di simpan segala penemuan Tamaduan Melayu yang Pertama di Asia Tenggara. Di sini juga terdapat Candi atau lebih dikenali sebagai Vandi Lembah Bujang. Tinggalan sejarah yang sangat berharga



 
Paling menakjubkan apapbila kami dibawa ke kawasan penemuan baru candi di Sungai Batu. Kajian arkeologi di sini dilakukan oleh pelajar pelajar Universiti Sains Malaysia. Candi ini telah dikenalpasti sekitar tahun 2007 dan sehingga kini kerja keja carigali masih diteruskan. Di maklumkan bahawa ada kemungkinan telah ada kilang besi di sini sejak zaman dahulu lagi dan berlakunya aktiviti perdaganan yang aktif. Candi ini dikatakan berhampiran dengan sebuah jeti dimana aktiviti perdagangan tu gita dijalankan.

Sempat juga singgah di Tanjung Dawai. Di sini banyak jualan hasil laut, kak-M ada juga beli sikit ikan bilis dan udang kering.





Dah penat jalan jalan beli ikan kering, lepak lah kejap pekena ais kacang dan laksa Tanjung Dawai..hehehheh

Selepas solat Jumaat pula ada sesi ceramah pemantapan dan perjuangan Melayu oleh pihak Perkasa. Memang menagtuk lah apalagi bila dan kena sepinggan nasi dengan kari ayam betik..hahahahah, namum ku celikkan juga mata ini sehingga ceramah selesai.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick