Followers

Monday, April 30, 2012

OPKIM 2012 - Day 1

Kali ni kak-M terpilih untuk bersama sama menyertai OPKIM, Operasi Khidmat Masyarakat. Kali ni OPKIM di adakan di Kampung Batu Hampar, Merbok, Kedah. Iskkk memang seronok sangat sebab dapat pulang ke negeri terchenta..heeee..Seramai 40 orang ahli terlibat kali ini dan kami ke sana dengan sebiji bas , sebiji van dan sebiji kereta. Kak-m naik kereta sendiri lah sebab bawa anak anak. 


Alhamdulilah sepanjang 5 jam perjalanan ke sana semuanya berjalan lancar. Anak anak pun ok takder buat hal. Cuma mereka sedikitkeletihan dengan perlajanan yang jauh dan lama ni.


Bertolak dari Shah Alam jam 10 pagi, mamat ni naik jer kereta terus kroooh krohhh. selamat....Kami singgah sebenat juga di Tapah untuk ke toilet dan eli minuman. Nuha nak makan waffer pula, jadi bereti sekejap di situ. Sekali lagi berenti ialah di hentian taiping untuk solat zohor sekali jamak asar. Cantik juga surau di tepian lebuhraya ni, bersih dan terjaga. Aman dan Damai..hehhehhehe



Alhamdulillah selamat tiba di Kampung Batu Hampar pada jam 3.30 petang. Pihak Jawatankuasa Kampung pun memang dah bersedia menunggu kehadiran kami. Terharu dengan sambutan yang diberikan.



Kami dihidangkan dengan jamuan minum petang, bihun goreng dan tea o.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...