Followers

Monday, April 23, 2012

Kajang

Petang semalam lepas saja meeting program baru. kak-M dahn kawan terus pecut ke Kajang. Ini kes nak kejar masa lah.. Alang-alang pihak PBT dah stuju untuk ditemuduga, tanpa membuang masa terus jer kami ke sana. 

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Inilah kali pertama kak-M sampai Kajang. Kajang ni terkenal dengan Satay Kajang. hehehe pernah rasa tak Sate Kajang. Tapi sekarang ni tak payah pegi Kajang pun dapat makan satay Kajang kat tempang-tempat lain. Kalau Satay Kajang Hj Samuri tu memang merata-mearat pelusuk dah ada kedainya.

Kami sampai sana lebih kurang jam 2.00 petang. Mula mula pening juga dok pusing pusing dalam pekan Kajang yang pertama kalinya sampai tu. Singgah dulu makan sebab dah lapar sangat. Makan Nasi campur dekan dekat dgn bangunan PBT tu juga. Memandangkan temujanji pukul 3.00 petang, sempat lagi kami singgah di surau PBT tu untuk Solat Zuhur dulu. Selesai jer solat terus bertemu dengan pihak PBT untuk di soal selidik. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Maklumat yang diberikan sanagt memuaskan dan layanan pun memang hebat.

Sepetang di PBT Kajang, singgah jap di kafe bawah minum dan makan koewteow goreng. Mission accomplish!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...