Followers

Monday, June 13, 2011

Terbang bersama Air Asia

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni 'well plan'. Puas hati sangat sebab dapat spent more time kat kampung. Kali ni kak-M sekeluarga pulang ke JITRA Kedah selama 5 hari. Betapa gembiranya anak-anak dapat balik kampung jumpa tok wan dan maktok. Depa ni memang dok tanya hari-hari bila nak balik kampung. Kali ni menjadikan percutian kak-M lebih bermakna sebab dapat bertemu semua adik-beradik. Alhamdulillah memang seronok. Hari raya pun tak penah dapat balik semua sekali. Bukannya ramai pun , cuma 4 beradik saja kami tapi sekali bawa balik anak bini memang syok lah berkumpul makan ramai-ramai. Kami tak ke mana sangat pun sekadar lepak dan bersama keluarga saja jadi tak banyak foto yang diambil.



 Gambar ini diambil ketika menunggu penerbanan air asia dari alor setar ke LCCT. Punya la tak sabar budak dua orang tu nak naik kapal terbang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...