Nampak je kecil kecil tapi cukup bermakna

Wah! tajuk entri punyalah panjang, tak pandai kak-M nak buat entri gempaq-gempaq..takpa kak-M bukan nak kejar traffic pun, mengah wei dok ligan traffic tu. Ni kak-M nak kongsi sesuatu yang agak menarik. Ianya adalah untuk perempuan dan juga lelaki uantuk yang bergelar isteri dan juga suami. Mungkin ada yang tak ambil berat atau buat tak peduli tapi senarnya hanya dengan sedikit sahaja ucapa mampu mengubah segalanya. Apa dia? hah inilah dia ceritanya.


Perkara ini kecil sahaja tetapi cukup bermakna buat diri seorang wanita.

1. Pujian meskipun tanpa solekan.
Sesekali pujilah isteri anda setelah baru bangun dari tidurnya. Tak rugi sekupang pun malah pujian anda mampu membuat dia gembira sepanjang hari. Ia ternyata satu pujian yang ikhlas.

2.mendengarkan keluhan
Setelah penat bekerja wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilaluinya sepanjang hari. Maka luangkan sedikit masa untuk mendengar luahannya tanpa perlu menghakiminya. Pasti dia akan tersanga sangat dihargai dan dia punya pasangan hidup yang sangat memahami

3.Bantuan tanpa dipinta.
Yang ni memang sangat penting. Bila nampak wanita termengah-mengah dok angkut barang berat silalah kalian membantunya tanpa perlu diminta. sama juga dengan situasi di rumah, bantuilah isteri dengan kerja kerja dirumah agar sedikit benanannya berkurangan.

4. Memikirkan hal-hal kecil
Ketika gula atau kopi atau milo atau sebagainya telah habis silalah membelinya walaupun tugas itu selalu dilakukan wanita. Dengan mengingati perkara-perkara kecil ini suami makin dicintai.

5. Membuatkan teh
Yang ini memang jarang berlaku, mungkin skill nak buat teh tu kurang. Sesekali hidangilah wanita dengan secawan teh atau kopi, pasti dia akan teruja akan perhatian yang diberikan oleh lelaki itu. Terasa dirinya sangat-sangat dihargai.

moh cuba dulu!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick