Poney SALE

Masa lunch semalam, kak-M keluar ke PKNS, temankan kawan nak repair kasut then Kak-M pun ada sesuatu untuk pos,jadi singgah juga ke pejabat pos di PKNS tu. Kitaorang sampai sana dah dekat 12.45 tengahari, parking dah semua semua pintu masuk untuk parking di tutup. Jadi kami parking je kat SACC Mall. Alhamdulillah masih banyak tempat parking sana. Kebetulan lalu dalam SACC Mall tu ada pula jualan murah PONEY. Owh apalagi kak-M secara automatik pun singgah dok belek belek baju anak-anak. memang murah gila. Perggggg apalagi hangkut lah...Kak-M just rembat yang rega RM5.00 ahahahahh banyak lah juga hasil rembatan...bolehlah kan sebab PONEY ni kalau tak sale memang teramat mahal reganya. Jadi sesapa yang nak shopping baju anak anak boleh lah datang ke SACC Mall. Kak-M tak pasti sampai bila warehouse sale ni..hanya di ruang legar depan Body Shop store tu...selamat ya.


Hah! tengok-tengok cuma RM5 sahaja.. ini t-shirt untuk Ahmad Darwish...ish takkan tak beli kan...hehehe

Ahahah! yang ini pula hasil rembatan..amacam? hehehhe syok dapat barang berkualiti dengan harga yang sangat murah.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick