Followers

Monday, June 13, 2011

Kari Bawal Emas

Alhamdulillah, hari ni kak-M masak bagai..keh keh keh, pagi tadi ada appointment Ahmad Darwish kat hospital, syukur, doktor kata semuanya ok belaka. Lepas hantar Ahmad Darwish ke taska, kak-M pun bawa lah Danish dan Nuha ke Tesco. Nak cari barang-barang dapur yang dah banyak kehabisan. Fuhh buleh tahan lah juga membeli bagi mengisi peti ais yang dah hampir kosong itu. Sebelum balik kak-M bawa mereka makan pizza. Danish kemain lagi dok merengek nak makan pizza. Jadi kami pun pergilah makan pizza..ahahah skema betui ayat ...

Sambil menunggu pizza siap abang pun dok mengisi kuiz yang terletak atas meja kat Pizza hut restoran tu.



Sarah Nuha pun sama tak mau ketinggalan, nak juga buat kuiz tu



Dan sekarang mari makan anak-anak!

Untuk menu hari ni kak-M masak Kari Ikan Bawal. Phewww!! memang terangkat tau..ishhhh habis licin. Paling sedap bahagian kepala dia..ehehehhe.. ni kalau jadi kari kepala ikan mesti meletop. Ikan bawal Emas ni lebih kurang macam ikan bawal putih tu juga cuma rasanya lebih lembut dan manis. Anak-anak pun suka makan, sebagai tambahan kak-M masak juga sayur campur, telur goreng dan kepak ayam goreng. Selamat menjamu selera.

2 comments:

lizz said...

rajinnyer adik beradik ni....wah menu tu cam sedap jer sekali sekala makan telur mata memang best gak kan...

Emma said...

heheehh mekasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...