Susu Kambing

Banyak khasiatnya susu kambing ni. Sebab tu dah banyak produk berasaskan susu kambing ni di pasaran, Sabun susun kambing, losyen susu kambing, dan macam macam lagi.  Kalau budak baru lahir kena kuning pun susu kambing yang akan di cari. Penyelidikan terkini mendapati khasiat susu kambing ni hampir sama dengan susu ibu dan telah terbuki bahawa susu kambing ni memiliki gizi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.



Bagi pengidap anemia conothnya, amalan meminum susu kambing secara rutin dapat memulihkan anemia kerana susu ini mengningkatkan penggunaan gizi zat besi dan menigkatkan regerasi hemoglobin. Ia juga mempunya banyak kasein, iaitu nutrisi yang membuatkannya setara dengan susu manusia. Wah! sangat hebat kan!



Susu kambing juga mengandungi sejumlah besar oligasakarida dengan komposisi yang sama dengan susu manusia. Sebatian ini mencapai usus besar dan bertindak sebagai probiotik dengan membantu mengembangkan flora probiotik yang bersaing dengan flora bakteria pathogen agar menghilang. Susu kambing mengandungi laksoa yang lebih rendahdan memiliki lebih kandungan zink dan selenium yang bertanggungjawab sebagai penyumbang penting terhadap pertahanan antioksidan dan pencegahan penyakit degenerative.

Oleh itu pengambilan susu ini secara rutin dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.

sumber MWJun2011

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick