Followers

Tuesday, December 3, 2013

Pesta Cahaya di icity

Ini bukan cerita Dewali yer, hehe ini cerita kami anak beranak jalan jalan ke i city. Alahai tempai ini 10 minit je dari rumah kak M, tapi tak tersampai sampai hinggalah cuti sekolah kali ni baru tergerak nak bawa anak anak ke sini.


Malam ni tak ramai yang berkungjung jadi macam selesa juga juga kami anak beranak jalan jalan sini. Macam macam bentuk pokok berlampu rupanya. Dan memanglah tersangat cantik.

Seronok tengok anak anak berlari lari kesan ke mari dalam keindahan cahaya lampu pokok-pokok ni.


Bukan sekadar pokok pokok berlampu ada banyak juga objek objek lain yang berlampu. Nak pula bulan ni adalah bulan xmas jadi adalah objek berlampu seperti santa clause, sb
Nowman, dan raindeer.

Ramai juga yang berniaga malam malam gini. Cumanya memang mahal lah dan mencekik kata pengunjung pengunjung i city ni. Sebab kak M pun duduk area sini jadi tak lah nak makan makan sangat.


Sesekali dapay dilepaskan bergini, berlari kesana sini macam tak cukup tanah. Bukan main syok dapat keluar malam. Masuk sini parking kereta per entry ialah RM10. Jadi nak supayaberbaloi kenalah duduk lama sikit dalam ni.

Adalah orang jual jual mainan lampu. Ada yang juai mini cupcakes ada juga yang menjual waffer dan jagung . Tak kurang juga yang menjual minuman dan jajan.


Kalau nak naik ride kena bayaran lain. Kak M memang tak naik tu semua. Ada mcam macam dan tak pasti berapa dia charge utk satu satu ride. Ada juga tempat maibumper cardan wagon. Makna kata kalau nak betul betl spent masa kat sini kenalah standby pulus juga banyak banyak. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...